Muat-turun dan Muat-Naik
Bila perkataan Inggeris di alihbahasakan nampak macam satu perkara ajaib pulak.
Muat-turun= Download
Muat-Naik = Upload
Entri kali ini hanya untuk memberi sedikit maklumat tentang proses dan perisian yang selalu digunakan dalam kedua-dua proses tersebut.
Perisian yang terbaik untuk muat-turun untuk mana-mana pelayar ialah Internet Download
Manager, boleh didapati di http://www.internetdownloadmanager.com. Cubalah untuk 30 hari percuma. Anda akan terasa perbezaan kelajuan dokumen yang anda muat-turun ini.
Gue Suka Wordpress 2.7
Saya suka Wordpress berbanding dengan blogspot. Walaupun blogspot lebih mudah dikenali oleh robot Google. Ada satu lagi penyedia blog iaitu Movable Type. Chedet.cc guna penyedia ini, nampak macam menarik.
Antara sebab gue suka wordpress:-
- Engin pencari cepat datang bertegur sapa dengan blog ini.
- Kalau tak sempat tekan butang ’save’, automatik dah ada tersimpan dalam ‘draft’ tak perlu risau tentang tulis panjang-panjang dan komputer tiba-tiba rosak.
- Letak komen lebih mesra pengguna berbanding dengan blogspot. ‘Plug-in’ pintar juga ada untuk membasmi spam.
- Nak pasang WP yang baru atau WP yang terkini tak susah sangat. Biasanya dengan satu dua klik sahaja, sudah boleh tidur lena.
Anda Pembohong
Apakah Tanda Seseorang Itu Berbohong?
Adakah anda selalu terperasan pasangan atau kawan-kawan anda berbohong. Kalau anda dapat kesan dengan kata-kata, itu lebih mudah. Ada cara lain lain tak?
Ada, tips di bawah memang digunapakai pada pembohong samada lelaki atau perempuan tak kira bangsa dan usia.
Melengah-lengahkan jawapan
Mereka perlu berfikir untuk memberi jawapan yang konkrit. Jawapan yang boleh dipercayai dan takperlu bersoal lagi banyak.
Tergagap-gagap
Perbualan yang pada mulanya lancar, kelihatan tergagap-gagap oleh si pembohong ini.
Mesti ada gerakan menyentuh hidung
Sel-sel di hidung akan dipenuhi darah menyebabkan pembohong terasa mesti nak menyentuh hidung. Contohnya,banyak kelihatan di televisyen kalau ada pemimpin cuba melindungi sesuatu hal. Tengok pergerakan tangan mereka mesti nak sentuh hidung.










